28.04.2017 - Seramai 5 orang murid dan 2 orang guru telah menyertai Inspire iTalent peringkat Negeri Johor di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Sekretariat Sukan OKU Negeri Johor dan Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU Negeri Johor. Objektif program ini ialah pencarian bakat asas keupayaan sukan bagi OKU dan menggalakkan penglibatan OKU dalam aktiviti sukan. Semoga program ini memberi inspirasi kepada atlet-atlet SMPKVIP supaya lebih maju kehadapan seterusnya menjadi atlet negara. Tahniah. Laporan disediakan oleh Lydiawati Binti Mansor, Setiausaha Sukan dan Siti ZUbaidah Binti Bachok, Setiausaha Kokurikulum.
Isnin, 8 Mei 2017
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT
25.04.2017 - Program Jom Baca Bersama 10 minit merupakan program Perbadanan Awam Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Murid-murid perlu membaca 10 minit sahaja dengan bacaan yang tersedia semasa sesi pengajaran berlangsung. Program ini bertujuan untuk memupuk dan mendorong rakyat Malaysia dan Bangsa Johor membaca dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap budaya membaca. Program ini juga berjalan serentak di semua sekolah Negeri Johor. Tahniah kepada guru dan murid yang menyertai program ini. Laporan disediakan oleh Shahriman, Guru Perpustakaan & Media.
Rabu, 3 Mei 2017
Isnin, 10 April 2017
PELANCARAN FOOT STEP "LANGKAH KE PSS"
04.04.2017 - Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktivti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. Program KM1M berlangsung selama tiga hari iaitu 04-06 April 2017. Perasmian program ini dijalankan di Dewan Serbaguna yang dirasmikan oleh Tuan Fahrurrazi Bin Ramdhan, Pengetua SMPKVIP. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membaca buku selama 15 minit, sinopsis bacaan, pertandingan membina ayat, jejak maklumat dan lain-lain lagi. Semoga program ini mendapat galakan membaca yang seiring dengan agenda negara untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara ini. Laporan disediakan oleh Shahriman, Guru Perpustakaan & Media.
Langgan:
Catatan (Atom)

