Khamis, 25 Jun 2015

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH KALI KE-11




TARIKH
2 April 2015
MASA
8.00 am-12.00 pm
TEMPAT
Padang Sekolah SMPK Vokasional Indahpura
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
·         Sukan balapan
·         Pertandingan khemah rumah sukan tercantik
·         Pertandingan perbarisan

Kejohanan sukan sekolah telah diadakan di padang sekolah SMPK Vokasional Indahpura dengan banyak acara yang telah dipertandingkan. Guru-guru dan bersama murid turut sama memeriahkan suasana dengan menghias khemah rumah sukan masing-masing. Kejohanan dimulakan dengan perbarisan rumah sukan yang bertemakan ‘Hero’ pada tahun ini.

Tahniah diucapkan.

PERTANDINGAN SEMARAK ISLAM






TARIKH
26 Mac 2015
MASA
12.30-2.00 petang
TEMPAT
Surau Al-Ansar
AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini. Antaranya ialah,
-Pertandingan tilawah al-Quran
-Pertandingan hafazan
-Pertandingan tulisan khat
-Pertandingan azan
-Pertandingan bercerita kisah nabi

Penyertaan daripada murid-murid sangat memberangsangkan. Program dijalankan denganjayanya dengan bantuan semua murid dan guru-guru SMPK VIP. 

Tahniah diucapkan.

SUKANTARA SMPK VOKASIONAL INDAHPURA




TARIKH
25 Mac 2015
MASA
2.00 pm-5.00 pm
TEMPAT
Padang Sekolah SMPK Vokasional Indahpura
AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Sukantara sekolah telah diadakan bagi mengasah bakat murid dalam aktiviti sukan dan mengenal potensi murid yang layak untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Antara acara yang dipertandingkan adalah lompat jauh, lontar peluru dan acara larian.

Kerjasama guru-guru dan murid sangat baik. Tahniah diucapkan.

HI-TEA & MESYUARAT PIBG






TARIKH
12 Mac 2015
MASA
2.00pm-5.00pm
TEMPAT
Dewan Goalball Seri Khadijah & Dewan Serbaguna
AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Bagi mengutip dana untuk membantu anak-anak SMPK VIP, hi-tea dijalankan dengan bantuan semua pihak termasuklah ibu bapa, guru-guru, kakitangan sekolah, komuniti setempat, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, badan berkanun dan murid-murid. Pelbagai persembahan diberikan semasa hi tea. Sebelum hi tea, mesyuarat PIBG juga dibuat di dewan serbaguna.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak. Tahniah diucapkan.