Khamis, 14 September 2023

PERTANDINGAN KUIZ "SEARCH INDEPENDENCE" ANJURAN PANITIA EFC SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2023

 

Tarikh        21 Ogos-13 September 2023

Tempat        : SMPK Vokasional Indapura

Anjuran        : Panitia English for Communication

Penyelaras Program: Pn. Aminah binti Junaidi (Ketua Panitia Panitia English for Communication)

SMPK VIP- Sempena Bulan Kebangsaan 2023 bertempat di SMPK Vokasional Indahpura, Panitia English for Communication menganjurkan pertandingan kuiz kemerdekaan kepada semua MBPK. Objektif pertandingan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan semangat patriotisme murid  terhadap negara Malaysia, mewujudkan semangat cinta akan tanah air, mengenang Sejarah Perjuangan menuntut “Kemerdekaan” dan menggalakkan MBPK untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan. MBPK dikehendaki mencari maklumat yang disediakan di papan notis panitia EFC dan melengkapkan slogan yang diminta. Semoga program ini mencapai objektifnya dan melahirkan MBPK yang berjiwa merdeka!


Skills for Living: Towards Excellent Future






MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

 Tarikh : 14 September 2023 (Khamis)

Tempat : Dewan Goalball Seri Khadijah

Anjuran :

Editor :
Penyelaras Program:

SMPKVIP - Sambutan Bulan Kebangsaan telah dijalankan dengan penuh meriah dan semangat yang tinggi di kalangan murid-murid dan semua guru SMPKVIP. Objektif sambutan ini adalah murid -murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi. Selain itu, murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya dan mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih kepadanya. Murid juga dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya. Antara aktiviti yang dijalankan semasa majlis penutup ialah persembahan sajak, persembahan tarian inang, persembahan nyanyian solo, penyampaian hadiah, nyanyian lagu patriotisme dan lain-lain lagi. Bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, sambutan ini berjalan dengan baik dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan mengikut panitia masing-masing. Majlis berakhir dengan 'Laungan Merdeka' daripada Pengetua dengan bersemangat bergema di segenap penjuru dewan. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada MBPK selain menjadi pemangkin kepada peningkatan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan MBPK dan juga guru-guru di SMPK Vokasional Indahpura.
Skills for living : Towards Excellent Future






Ahad, 10 September 2023

PERTANDINGAN ANJUNG PUISI MERDEKA 2023

NAMA PERTANDINGAN : ANJUNG PUISI MERDEKA

TARIKH : 10 SEPTEMBER 2023

TEMPAT : FOYER ASRAMA

ANJURAN : PANITIA BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

PENYELARAS PROGRAM : CIKGU SITI HASNAH BINTI ADNAN

EDITOR : CIKGU NAJIHA BINTI JIMIRIN

Pertandingan Anjung Puisi Merdeka adalah sebuah aktiviti yang dirancang oleh Panitia Bahasa Melayu Komunikasi untuk meraikan dan meningkat semangat kemerdekaan dan patriotisme serta perjuangan menuju kemerdekaan dalam bentuk puisi. Pertandingan ini memberikan kesempatan kepada MBPK dari berbagai latar belakang dan usia untuk mengekspresikan pandangan, perasaan dan pemikiran mereka tentang makna kemerdekaan melalui sajak. Aktiviti ini juga berjaya mencungkil bakat MBPK dan membina keyakinan murid.







Khamis, 13 Februari 2020

JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

Tarikh : 11 Februari 2020
Tempat : Dataran Perhimpunan
Sebagai langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan satu budaya membaca di kalangan murid dan guru. Sejajar dengan visi tersebut satu program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ telah diadakan pada 11 Februari (Selasa) di SMPK Vokasional Indahpura, Kulai, Johor.
Seramai 216 murid tingkatan 4 dan 5 telah menyertai program murni ini yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber Sekolah. Murid SMPKVIP berhimpun beramai-ramai sebagai tanda komitmen dengan membaca buku cerita yang disediakan oleh Perpustakaan Datuk Dr. Yasmin.
Antara objektif program ini ialah murid dapat meningkatkan minat membaca untuk mencintai dan mendalami ilmu pengetahuan. Selain itu, program ini menggalakkan murid untuk mebaca pelbagai bahan bacaan dan melatih Pengawas Perpustakaan melibatkan diri dalam program PSS sambil mengeratkan silaturahim antara Pengawas Perpustakaan dengan warga sekolah.
Adalah diharapkan program dan amalan murni ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ dapat diteruskan dan menjadi penanda aras murid proaktif dan berilmu.



PROGRAM 5 IN 1

Acara :
1. Pelancaran Ziarah Cakna
2. Pemberian Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
3. Pelancaran Senyum Salam Sapa
4. Anugerah Pingat Gangsa Karate Do
5. Pemberian Sijil Induksi SKM kepada semua guru terlibat
6. Pelancaran Mentor Menti
7. Pelancaran Rpi


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri, jambang dan luaran, teks yang berkata 'Pelancaran B.A.P BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN H MEN VOKA INDE SMPK'

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri, teks yang berkata 'Pelancaran B.A.P BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN LAH MEN VOKA INDI SMPK VOKASIONAL'