Pada 19 Februari 2017, jawatankuasa guru DG44 telah mengadakan program sentuhan nurani di Dewan Goalball Seri Khadijah dan Pusat Sumber Sekolah. Antara objektif program ini ialah murid dapat meningkatkan kekuatan intelektual, emosional dan spiritual dengan memahami bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan dan meningkatkan kerjasama dalam pasukan melalui proses Teambonding. Selain itu, murid dapat meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara murid melalui pemaknaan “Cemerlang Dengan Sayang” (The Power of Love) dan menanamkan paradigma “Win-Win” antara murid. Laporan disediakan oleh Shahriz Azriffa, Penyelaras Program.