27.04.2017 - Program ini telah diadakan di Dewan SK Pendidikan Khas Johor Bahru dengan disertai oleh 14 buah sekolah program bermasalah pendengaran Negeri Johor. Objektif program ini ialah meningkatkan taraf kesihatan pergigian golongan keperluan khas dan memperbaiki kualiti hidup mereka secara keseluruhan dan meningkatkan pengetahuan penjagaan kesihatan pergigian dalam pelbagai medium bagi golongan keperluan khas yang mempunyai pelbagai kecacatan khusus untuk kecacatan pendengaran. Selain itu, program ini dapat membina semangat kolobrasi dengan pihak pendidikan dan agensi luar bagi melaksanakan program ini selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan ialah promosi kesihatan pergigian golongan berkeperluan khas pendengaran, perasmian carta flip bahasa isyarat penjagaan kesihatan pergigian dan permainan interaktif, pemeriksaan gigi, phantomen. Laporan disediakan oleh Mohd Hafiz Bin Chamati@Jumadi, Setiausaha Program Promosi Kesihatan Pergigian Golongan Berkeperluan Khas Pendengaran