Khamis, 13 Februari 2020

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PERPUSTAKAAN, PENGAWAS KOPERASI & PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMPK VOKASIONAL INDAHPURA SESI 2020

2.2.2020
Pengawas merupakan kumpulan murid yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan murid-murid pilihan yang mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun kokurikulum. Mereka merupakan role model kepada murid-murid lain. Oleh yang demikian sebagai tanda pengiktirafan, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas telah diadakan di Dataran Perhimpunan Sekolah pada 07.30 pagi. Antara matlamat majlis ini ialah pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih pengawas menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab. Selain itu, sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya. Objektif majlis ini ialah memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas, supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab. Semoga dengan pelantikan ini semua pengawas yang telah dilantik dapat menggalas dan menyempurnakan tanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan sekolah tanpa rasa ragu. Majlis ini dirasmikan oleh Inspektor Nurul Huda binti Shohodin, Pegawai Perhubungan Sekolah SMPK Vokasional Indahpura dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai. Seramai 12 orang murid Pengawas Koperasi, 18 orang murid Pengawas Perpustakaan, 8 orang murid Pembimbing Rakan Sebaya dan 37 orang murid Pengawas Sekolah telah menerima watikah dalam majlis ini, Semoga Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, ini akan memberi suntikan semangat kepada pengawas untuk melaksanakan tanggngjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi demi memastikan SMPKV Indahpura mencapai sasaran yang dikehendaki.
Skills for living: Towards excellent future
Imej mungkin mengandungi: teks

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri