Ahad, 4 September 2016

MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SMPK VOKASIONAL INDAHPURA 2016

30.08.2016 – Pada hari Selasa telah berlangsung Majlis Persaraan Pengetua SMPK Vokasional Indahpura, Puan Mariani Binti Mohd Saad di Dewan Goalball Seri Khadijah bermula pada pukul 10.00 pagi. Antara tetamu yang hadir ialah Haji Wan Mohd Noor Bin Wan Endut, Timbalan Pengarah Cawangan Program Pendidikan Khas (CPPK) wakil rasmi Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, KPM, Cik Norbiha Binti Buang, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, wakil rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Encik Halim Perdana Kesuma Bin Maarof, Penolong PPD Pendidikan Khas & Pemulihan, wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Kulai dan beberapa pengetua dan guru besar sekolah lain. Antara objektif majlis ini ialah bagi menghargai jasa beliau sepanjang berkhidmat dan sebelumnya dan memberi kesedaran kepada murid bahawa penting untuk mereka menghargai sumbangan dan jasa guru yang berkhidmat di sekolah ini.  Selesai ucapan daripada Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, yang diraikan telah didudukan di atas pelamin. Beliau dan suami telah diraikan bak raja sehari. Persembahan multimedia tentang riwayat Puan Mariani Mohd Saad ditayangkan dan selepas itu acara penyampaian hadiah. Dengan perasaan sayu semua kakitangan sekolah melepaskan pemergian Puan Mariani Bin Mohd Saad. Selamat Bersara Puan.