Ahad, 29 Oktober 2023

 PELANCARAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN

PROGRAM : PELANCARAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN

TEMPAT     : DEWAN GOALBALL SERI KHADIJAH SMPK VOKASIONAL
                        INDAHPURA
MASA          : 29 OKTOBER 2023 / 7.30 PAGI

LAPORAN OLEH : CIKGU MUHAMAD ZAIRIE HALFIZI B. AB RAZAK

Bertempat di Dewan Goalball Seri Khadijah SMPK Vokasional Indahpura,telah berlansungnya satu Program iaitu Program Pelancaran Minggu Solidariti Palestin.Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin ini adalah dijalankan serentak di semua Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua MBPK Smpk Vokasional Indahpura berkenaan isu kemanusian yang berlaku dewasa ini di seluruh dunia amnya dan di Negara Palestin khususnya.Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang berlansungnya minggu Solidariti Palestin ini adalah Pertandingan Sajak Palestin,Pertandingan Doodle dan Solat Hajat.













#fromriver tothe seaPalestineWillBeFree









Jumaat, 6 Oktober 2023

 


Khamis, 5 Oktober 2023

JELAJAH GUNTING 2023

 PROGRAM JELAJAH GUNTING 2023

TARIKH : 5 OKTOBER 2023 (KHAMIS)

DIANJURKAN OLEH : PANITIA DANDANAN RAMBUT

EDITOR : NOR KHAIRIAH BINTI HAMZAH









Ahad, 1 Oktober 2023

KARNIVAL KEMAHIRAN MADANI

 PERTANDINGAN PENGGAYAAN RAMBUT 'SONGKET HAIRSTYLE'

TARIKH : 1 OKTOBER 2023

DIANJURKAN OLEH: PANITIA DANDANAN RAMBUT

EDITOR: NOR KHAIRIAH BINTI HAMZAH

Seramai 6 MBPK dari tingkatan 4 dan 5 Dandanan Rambut yang telah terpilih dari saringan yang telah dipertandingkan pada  21 September 2023.  Pertandingan ini berlangsung selama 2 jam dan diadili oleh 2 orang pakar dalam bidang Dandanan Rambut.



Ahad, 24 September 2023

KURSUS FOOD AND BEVERAGE CREW

 KURSUS FOOD AND BEVERAGE CREW

TARIKH : 12 SEPTEMBER 2023 (SELASA)

TEMPAT : HOTEL GRAND BLUE WAVE, JOHOR BAHRU

DIANJURKAN OLEH : PANITIA PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN

EDITOR : NOR KHAIRIAH BINTI HAMZAH

Progam ini dianjurkan untuk murid mempelajari ilmu dalam bidang Food and Beverage Service daripada sumber yang betul dan terkini.  Mempraktikkan ilmu Food and Beverage Service yang betul semasa mengendalikan aktiviti di sekolah.  Meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat.  Meningkatkan rasa bersemangat untuk meneruskan pembelajaran dalam dunia hospitaliti.  Disamping itu ia dapat membuka minda dengan suasana sebenar di industri pekerjaan.












PAMERAN DAN PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK INOVASI PANITIA MATEMATIK SEMPENA HARI TERBUKA PPD KULAI 2023

Tarikh: 23 September 2023

Tempat : PPD Kulai

Pejabat Pendidikan Daerah Kulai-Sempena Hari Terbuka PPD Kulai yang telah berlangsung pada 23 September 2023,Panitia Matematik telah dijemput untuk menjalankan Pameran dan Pembentangan Perkongsian Amalan Terbaik Inovasi Panitia Matematik.Pembentangan Perkongsian Amalan Terbaik Inovasi Panitia Matematik ini telah diketuai oleh Cikgu Suraya Binti Alias.

Skills For Living : Towards Excellent Future













Khamis, 21 September 2023

PERTANDINGAN PENGGAYAAN RAMBUT ' SONGKET HAIRSTYLE 23'

PERTANDINGAN PENGGAYAAN RAMBUT

' SONGKET HAIRSTYLE 23'

TARIKH : 21 SEPT 2023 (KHAMIS)

ANJURAN: PANITIA DANDANAN RAMBUT SMPK VOKASIONAL INDAHPURA

EDITOR : NOR KHAIRIAH BINTI HAMZAH

Pertandingan ini diadakan untuk memastikan murid dandanan rambut lebih percaya diri dan meningkatkan daya saing sesama rakan. Pertandingan ini juga dapat mencungkil kemahiran dan kreativiti murid untuk mencipta gaya rambut yang sesuai mengikut tema songket.











Selasa, 19 September 2023

BENGKEL MINECRAFT EDUCATION 2023

NAMA PROGRAM : BENGKEL MINECRAFT EDUCATION 2023

TARIKH : 19 SEPTEMBER 2023

TEMPAT : SUNWAY BIG BOX, ISKANDAR PUTERI JOHOR

GURU PEMBIMBING: NAJIHA BINTI JIMIRIN

Seramai 11 orang murid telah menyertai Bengkel Minecraft Education Challenge tahun 2023 di Sunway Big Box, Iskandar Puteri Johor. MBPK diberikan peluang untuk belajar tentang pengaturcaraan Minecraft dan berjumpa dengan pemain Minecraft daripada sekolah-sekolah dalam daerah Kulai dan sekitarnya.











Ahad, 17 September 2023

BARBER EXPO ASIA

BARBER BATTLE (TAG TEAM CREATIVE CROP)

DAN

LAWATAN KE BARBER EXPO ASIA 2023

17 SEPT 2023 (AHAD)

ANJURAN : PANITIA DANDANAN RAMBUT SMPK VOKASIONAL INDAHPURA

Program ini diwujudkan selaras dengan subjek pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ini diharap dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kefahaman dalam semua CoCU dengan lebih baik seterusnya menyuntik kesedaran setiap murid untuk lebih berjaya, yakin diri, dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang dandanan rambut.








Khamis, 14 September 2023

PERTANDINGAN KUIZ "SEARCH INDEPENDENCE" ANJURAN PANITIA EFC SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2023

 

Tarikh        21 Ogos-13 September 2023

Tempat        : SMPK Vokasional Indapura

Anjuran        : Panitia English for Communication

Penyelaras Program: Pn. Aminah binti Junaidi (Ketua Panitia Panitia English for Communication)

SMPK VIP- Sempena Bulan Kebangsaan 2023 bertempat di SMPK Vokasional Indahpura, Panitia English for Communication menganjurkan pertandingan kuiz kemerdekaan kepada semua MBPK. Objektif pertandingan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan semangat patriotisme murid  terhadap negara Malaysia, mewujudkan semangat cinta akan tanah air, mengenang Sejarah Perjuangan menuntut “Kemerdekaan” dan menggalakkan MBPK untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan. MBPK dikehendaki mencari maklumat yang disediakan di papan notis panitia EFC dan melengkapkan slogan yang diminta. Semoga program ini mencapai objektifnya dan melahirkan MBPK yang berjiwa merdeka!


Skills for Living: Towards Excellent Future






MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

 Tarikh : 14 September 2023 (Khamis)

Tempat : Dewan Goalball Seri Khadijah

Anjuran :

Editor :
Penyelaras Program:

SMPKVIP - Sambutan Bulan Kebangsaan telah dijalankan dengan penuh meriah dan semangat yang tinggi di kalangan murid-murid dan semua guru SMPKVIP. Objektif sambutan ini adalah murid -murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi. Selain itu, murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya dan mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih kepadanya. Murid juga dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya. Antara aktiviti yang dijalankan semasa majlis penutup ialah persembahan sajak, persembahan tarian inang, persembahan nyanyian solo, penyampaian hadiah, nyanyian lagu patriotisme dan lain-lain lagi. Bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, sambutan ini berjalan dengan baik dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan mengikut panitia masing-masing. Majlis berakhir dengan 'Laungan Merdeka' daripada Pengetua dengan bersemangat bergema di segenap penjuru dewan. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada MBPK selain menjadi pemangkin kepada peningkatan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan MBPK dan juga guru-guru di SMPK Vokasional Indahpura.
Skills for living : Towards Excellent Future






Ahad, 10 September 2023

PERTANDINGAN ANJUNG PUISI MERDEKA 2023

NAMA PERTANDINGAN : ANJUNG PUISI MERDEKA

TARIKH : 10 SEPTEMBER 2023

TEMPAT : FOYER ASRAMA

ANJURAN : PANITIA BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

PENYELARAS PROGRAM : CIKGU SITI HASNAH BINTI ADNAN

EDITOR : CIKGU NAJIHA BINTI JIMIRIN

Pertandingan Anjung Puisi Merdeka adalah sebuah aktiviti yang dirancang oleh Panitia Bahasa Melayu Komunikasi untuk meraikan dan meningkat semangat kemerdekaan dan patriotisme serta perjuangan menuju kemerdekaan dalam bentuk puisi. Pertandingan ini memberikan kesempatan kepada MBPK dari berbagai latar belakang dan usia untuk mengekspresikan pandangan, perasaan dan pemikiran mereka tentang makna kemerdekaan melalui sajak. Aktiviti ini juga berjaya mencungkil bakat MBPK dan membina keyakinan murid.