Jumaat, 26 Mei 2017

Khamis, 25 Mei 2017

TAYANGAN PERDANA


25.05.2017 – Bidang Bahasa dan Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Program Tayangan Perdana bertajuk Pendekar Bujang Lapok. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap seniman Malaysia secara mudah dan ringkas tetapi padat sesuai dengan aras pemikiran murid. Antara objektif program ini ialah murid dapat meningkatkan kefahaman bahasa yang digunakan dalam filem lama. Selain itu, murid dapat meningkatkan rasa ketabahan dan kekitaan antara murid di dalam menuntut ilmu. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada murid dan semua pihak.