Selasa, 21 Februari 2017

UJIAN SEGAK PENGGAL 1

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur. Seramai 195 orang murid menyertai ujian ini yang diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Objektif ujian ini ialah murid dapat mengetahui kepentingan kecergasan fizikal dan menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu. Selain itu, murid dapat melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik dan pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa. Laporan disediakan oleh Lydiawati, Penyelaras program.

PROGRAM MOTIVASI TAKE CHARGE

Pada 20 Februari 2017, Unit kaunseling telah mengadakan program motivasi di Dewan Goalball Seri Khadijah. Seramai 195 orang murid dan 80 orang guru menyertai program ini.  Antara objektif program ini ialah murid dapat melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang dan membentuk insan berpersonaliti unggul. Selain itu, murid dapat membantu mencapai kecemerlangan akademik dan menjadi insan yang berjasa kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Laporan disediakan oleh Aizuddin, Penyelaras Program.


PROGRAM SENTUHAN NURANI


Pada 19 Februari 2017, jawatankuasa guru DG44 telah mengadakan program sentuhan nurani di Dewan Goalball Seri Khadijah dan Pusat Sumber Sekolah. Antara objektif program ini ialah murid dapat meningkatkan kekuatan intelektual, emosional dan spiritual dengan memahami bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan dan meningkatkan kerjasama dalam pasukan melalui proses Teambonding. Selain itu, murid dapat meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara murid melalui pemaknaan “Cemerlang Dengan Sayang” (The Power of Love) dan menanamkan paradigma “Win-Win” antara murid. Laporan disediakan oleh Shahriz Azriffa, Penyelaras Program.


KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE 13 PERINGKAT SEKOLAH

Pada 16 Februari 2017, Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa        peringkat sekolah. Kejohanan ini telah bermula pada jam 7.30 pagi di Dataran Perhimpunan dan telah dirasmikan oleh Puan Rabthah Bt Abd Rahim, GPK Kokurikulum. Antara matlamat kejohanan ini ialah murid dapat  membina dan meningkatkan kecergasan setiap murid ke tahap yang lebih baik. Laluan murid lelaki sejauh 5KM manakala laluan perempuan pula sejauh 2.5KM. Johan keseluruhan telah dimiliki oleh Rumah Sukan Waja (Kuning). Tahniah.
Laporan : Soffri Bin Jusoh, & Lydiawati Binti Mansor , Setiausaha 1Murid 1Sukan


Ahad, 19 Februari 2017