Sabtu, 18 November 2017

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE -6


TENTATIF MAJLIS

7.00 pagi         :  Pendaftaran Ibu Bapa & Graduan
               Pengumuman / Peringatan Tatacara dan Peraturan Majlis
8.30 pagi          :  Raptai Penuh
            10.45 pagi        : Perarakan masuk Graduan SMPKVIP
11.00 pagi         : Perarakan masuk VIP
                                        Nyanyian Lagu Bangsa Johor  & Lagu Rasmi SMPKVIP
   Persembahan Montaj
                                       Persembahan Angklung dan Gamelan
                                       Bacaan Doa Konvokesyen
   Ucapan Alu-Aluan Pengetua
                                       Ucapan Perasmian Majlis Konvokesyen SMPKVIP
                                       Sesi Penganugerahan / Penyampaian Sijil
                                       Penyampaian Cenderahati VIP
                                       Lagu Negaraku
            1.00 tengahari  :  Jamuan makan

            2.00 petang      :  Bersurai

Selasa, 31 Oktober 2017

KEMPEN HOUR OF CODE





URL KE HOUR OF CODE    https://hourofcode.com/code

URL UNTUK UPLOAD SIJIL MURID    https://goo.gl/dSseRW

Ahad, 1 Oktober 2017

KEM SAHSIAH PERDANA 2017



Pada 30 September 2017 (Sabtu) Unit Kokurikulum dengan kerjasama Kolej Datin Seri Endon, UTM telah menjalankan Kem Sahsiah VIP. Seramai 182 orang murid telah dibawa ke UTM bagi mengikuti aktiviti yang disediakan oleh guru-guru.

Isnin, 18 September 2017

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA 
ABANG YAHYA B. ABANG AZHAR 

Ahad, 10 September 2017

Selasa, 18 Julai 2017

KUTIPAN AMAL

TARIKH: 15 JULAI 2017 (SABTU)

TEMPAT: IOI MALL BANDARPUTRA, KULAI 
MASA: 3.00 PM-8.00PM 

Khamis, 22 Jun 2017

Jumaat, 26 Mei 2017

Khamis, 25 Mei 2017

TAYANGAN PERDANA


25.05.2017 – Bidang Bahasa dan Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Program Tayangan Perdana bertajuk Pendekar Bujang Lapok. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap seniman Malaysia secara mudah dan ringkas tetapi padat sesuai dengan aras pemikiran murid. Antara objektif program ini ialah murid dapat meningkatkan kefahaman bahasa yang digunakan dalam filem lama. Selain itu, murid dapat meningkatkan rasa ketabahan dan kekitaan antara murid di dalam menuntut ilmu. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada murid dan semua pihak. 

Isnin, 8 Mei 2017

FESTIVAL KESENIAN MUZIK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN KE –9

30.04.2017 - Pertandingan gamelan ini adalah yang julung kali disertai oleh pasukan gamelan sekolah dan pertandingan ini adalah terbuka kepada seluruh sekolah-sekolah di Malaysia dan telah disertai oleh 35 buah sekolah. Pertandingan ini diadakan di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pro Art Filharmonik Pulau Pinang dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan. Antara lagu yang dipertandingkan ialah Togok dan Ostinato Kalijaga for us (OKU). Seramai 16 orang murid yang terlibat dan mereka memperolehi pencapaian gangsa dalam pertandingan tersebut. Antara impak murid yang diperolehi ialah murid dapat membina keyakinan diri untuk berada dalam khalayak ramai dan memupuk semangat berpasukan. Selain itu, murid juga dapat belajar untuk menguruskan masa dan diri dengan baik dan seimbang. Impak kepada sekolah pula ialah melahirkan kemenjadian murid dalam bidang muzik gamelan & dan platform yang sangat baik untuk  mengembangkan potensi mereka dalam mencapai aspirasi murid bagi memenuhi keperluan abad ke 21 dan memperkenalkan nama sekolah ke peringkat antarabangsa dan menjalinkan satu hubungan baik dengan komuniti luar. Laporan disediakan oleh Nooraziah Razali, Penyelaras Edu Budaya.

Murid-murid dan guru-guru yang terlibat di dalam pertandingan gamelan

PROGRAM PROMOSI PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN DAN PELANCARAN CARTA FLIP BAHASA ISYARAT GOLONGAN BERKEPERLUAN KHAS PENDENGARAN

27.04.2017 - Program ini telah diadakan di Dewan SK Pendidikan Khas Johor Bahru dengan disertai oleh 14 buah sekolah program bermasalah pendengaran Negeri Johor. Objektif program ini ialah meningkatkan taraf kesihatan pergigian golongan keperluan khas dan       memperbaiki kualiti hidup mereka secara keseluruhan dan meningkatkan pengetahuan penjagaan kesihatan         pergigian dalam pelbagai medium bagi golongan keperluan khas yang mempunyai pelbagai kecacatan khusus untuk kecacatan pendengaran. Selain itu, program ini dapat membina semangat kolobrasi dengan pihak pendidikan dan agensi luar bagi melaksanakan program ini selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan ialah promosi kesihatan pergigian golongan berkeperluan khas pendengaran, perasmian carta flip bahasa isyarat penjagaan kesihatan pergigian dan permainan interaktif, pemeriksaan gigi, phantomen. Laporan disediakan oleh Mohd Hafiz Bin Chamati@Jumadi, Setiausaha Program Promosi Kesihatan Pergigian Golongan Berkeperluan Khas Pendengaran


INSPIRE ITALENT PERINGKAT NEGERI JOHOR

28.04.2017 - Seramai 5 orang murid dan 2 orang guru telah menyertai Inspire iTalent peringkat Negeri Johor di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Program ini         dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Sekretariat Sukan OKU Negeri Johor dan Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU Negeri Johor. Objektif program ini ialah pencarian bakat asas keupayaan sukan bagi OKU dan menggalakkan penglibatan OKU dalam aktiviti sukan. Semoga program ini memberi inspirasi kepada atlet-atlet SMPKVIP supaya lebih maju kehadapan seterusnya menjadi atlet negara. Tahniah. Laporan disediakan oleh Lydiawati Binti Mansor, Setiausaha Sukan dan Siti ZUbaidah Binti Bachok, Setiausaha Kokurikulum.


PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

25.04.2017 - Program Jom Baca Bersama 10 minit merupakan program Perbadanan Awam Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Murid-murid perlu membaca 10 minit sahaja dengan bacaan yang tersedia semasa sesi pengajaran    berlangsung. Program ini bertujuan untuk memupuk dan mendorong rakyat Malaysia dan Bangsa Johor membaca dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak        terhadap budaya membaca. Program ini juga       berjalan serentak di semua sekolah Negeri Johor.  Tahniah kepada guru dan murid yang menyertai  program ini. Laporan disediakan oleh Shahriman, Guru Perpustakaan & Media.



Isnin, 10 April 2017

PELANCARAN FOOT STEP "LANGKAH KE PSS"


04.04.2017 - Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktivti tahunan            Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan          pembacaan dalam kalangan murid. Program KM1M berlangsung selama tiga hari iaitu 04-06 April 2017. Perasmian program ini dijalankan di Dewan Serbaguna yang dirasmikan oleh Tuan Fahrurrazi Bin Ramdhan, Pengetua SMPKVIP. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membaca buku selama 15 minit, sinopsis bacaan, pertandingan membina ayat, jejak maklumat dan lain-lain lagi. Semoga program ini mendapat galakan membaca yang seiring dengan agenda negara untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara ini. Laporan         disediakan oleh Shahriman, Guru Perpustakaan & Media.


PERKHEMAHAN PERDANA TANJUNG PIAI

KEJOHANAN SUKAN TARA PERINGKAT SEKOLAH






PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA






04.04.2017 - Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktivti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan  pembacaan dalam kalangan murid. Program KM1M berlangsung selama tiga hari iaitu 04-06 April 2017. Perasmian program ini dijalankan di Dewan Serbaguna yang dirasmikan oleh Tuan Fahrurrazi Bin Ramdhan, Pengetua SMPKVIP. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membaca buku selama 15 minit, sinopsis bacaan, pertandingan membina ayat, jejak maklumat dan lain-lain lagi. Semoga program ini mendapat galakan membaca yang seiring dengan agenda negara untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara ini. Laporan disediakan oleh Shahriman, Guru Perpustakaan & Media.

CHEF CILIK IKRAM JUNIOR

PERTANDINGAN MEMASAK MUAFAKAT JOHOR





Jumaat, 10 Mac 2017

PESTA LAYANG-LAYANG SEDUNIA 2017

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


TARIKH: 9 MAC 2017 (KHAMIS) 
TEMPAT: DEWAN GOALBALL SERI KHADIJAH SMPKVIP 

Ahad, 5 Mac 2017

MTL WEEK 2017


TARIKH: 26 FEBRUARI - 2 MAC 2017
TEMPAT: SMPK VOKASIONAL INDAHPURA

Khamis, 2 Mac 2017

PROGRAM KESIHATAN MULUT ‘ORAL HEALTH CARE 2017 (SMPKVIP)


TARIKH: 23 FEBRUARI 2017 (KHAMIS)
MASA: 11.10 AM- 1.50 PM
TEMPAT: DEWAN GOALBALL SERI KHADIJAH SMPKVIP 

Selasa, 21 Februari 2017

UJIAN SEGAK PENGGAL 1

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur. Seramai 195 orang murid menyertai ujian ini yang diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Objektif ujian ini ialah murid dapat mengetahui kepentingan kecergasan fizikal dan menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu. Selain itu, murid dapat melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik dan pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa. Laporan disediakan oleh Lydiawati, Penyelaras program.

PROGRAM MOTIVASI TAKE CHARGE

Pada 20 Februari 2017, Unit kaunseling telah mengadakan program motivasi di Dewan Goalball Seri Khadijah. Seramai 195 orang murid dan 80 orang guru menyertai program ini.  Antara objektif program ini ialah murid dapat melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang dan membentuk insan berpersonaliti unggul. Selain itu, murid dapat membantu mencapai kecemerlangan akademik dan menjadi insan yang berjasa kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Laporan disediakan oleh Aizuddin, Penyelaras Program.


PROGRAM SENTUHAN NURANI


Pada 19 Februari 2017, jawatankuasa guru DG44 telah mengadakan program sentuhan nurani di Dewan Goalball Seri Khadijah dan Pusat Sumber Sekolah. Antara objektif program ini ialah murid dapat meningkatkan kekuatan intelektual, emosional dan spiritual dengan memahami bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan dan meningkatkan kerjasama dalam pasukan melalui proses Teambonding. Selain itu, murid dapat meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara murid melalui pemaknaan “Cemerlang Dengan Sayang” (The Power of Love) dan menanamkan paradigma “Win-Win” antara murid. Laporan disediakan oleh Shahriz Azriffa, Penyelaras Program.


KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE 13 PERINGKAT SEKOLAH

Pada 16 Februari 2017, Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa        peringkat sekolah. Kejohanan ini telah bermula pada jam 7.30 pagi di Dataran Perhimpunan dan telah dirasmikan oleh Puan Rabthah Bt Abd Rahim, GPK Kokurikulum. Antara matlamat kejohanan ini ialah murid dapat  membina dan meningkatkan kecergasan setiap murid ke tahap yang lebih baik. Laluan murid lelaki sejauh 5KM manakala laluan perempuan pula sejauh 2.5KM. Johan keseluruhan telah dimiliki oleh Rumah Sukan Waja (Kuning). Tahniah.
Laporan : Soffri Bin Jusoh, & Lydiawati Binti Mansor , Setiausaha 1Murid 1Sukan


Ahad, 19 Februari 2017

Selasa, 14 Februari 2017

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2017


TARIKH: 13 FEBRUARI 2017 (ISNIN)
MASA: 8.10 AM-10.50 AM
 TEMPAT: DEWAN GOALBALL SERI KHADIJAH 



Ahad, 5 Februari 2017

Selasa, 24 Januari 2017

PENGETUA BAHARU


Selamat Datang, kami seluruh warga SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura amat mengalu-alukan kedatangan Pengetua baharu Encik Fahrurrazi Bin Ramdhan yang memulakan tugasnya secara rasmi di SMPKVIP pada 17.01.2017. “Patah Tumbuh Hilang Berganti”, begitulah SMPKVIP yang baru sahaja ditinggalkan Puan Mariani Binti Mohd Saad yang bersara kini sudah ada penggantinya. Semoga kedatangan pengetua baharu Encik Fahrurrazi Bin Ramdhan ini akan meneruskan kesinambungan Visi dan Misi SMPKVIP menjadi sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

Ahad, 15 Januari 2017

NADI ILMU AMALAN MEMBACA

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2017 

Tempat : Dewan Goalball Seri Khadijah SMPKVIP
Masa: 8.00 am
Tarikh: 15 Januari 2017


Rabu, 11 Januari 2017