Isnin, 8 Mei 2017

FESTIVAL KESENIAN MUZIK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN KE –9

30.04.2017 - Pertandingan gamelan ini adalah yang julung kali disertai oleh pasukan gamelan sekolah dan pertandingan ini adalah terbuka kepada seluruh sekolah-sekolah di Malaysia dan telah disertai oleh 35 buah sekolah. Pertandingan ini diadakan di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pro Art Filharmonik Pulau Pinang dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan. Antara lagu yang dipertandingkan ialah Togok dan Ostinato Kalijaga for us (OKU). Seramai 16 orang murid yang terlibat dan mereka memperolehi pencapaian gangsa dalam pertandingan tersebut. Antara impak murid yang diperolehi ialah murid dapat membina keyakinan diri untuk berada dalam khalayak ramai dan memupuk semangat berpasukan. Selain itu, murid juga dapat belajar untuk menguruskan masa dan diri dengan baik dan seimbang. Impak kepada sekolah pula ialah melahirkan kemenjadian murid dalam bidang muzik gamelan & dan platform yang sangat baik untuk  mengembangkan potensi mereka dalam mencapai aspirasi murid bagi memenuhi keperluan abad ke 21 dan memperkenalkan nama sekolah ke peringkat antarabangsa dan menjalinkan satu hubungan baik dengan komuniti luar. Laporan disediakan oleh Nooraziah Razali, Penyelaras Edu Budaya.

Murid-murid dan guru-guru yang terlibat di dalam pertandingan gamelan

PROGRAM PROMOSI PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN DAN PELANCARAN CARTA FLIP BAHASA ISYARAT GOLONGAN BERKEPERLUAN KHAS PENDENGARAN

27.04.2017 - Program ini telah diadakan di Dewan SK Pendidikan Khas Johor Bahru dengan disertai oleh 14 buah sekolah program bermasalah pendengaran Negeri Johor. Objektif program ini ialah meningkatkan taraf kesihatan pergigian golongan keperluan khas dan       memperbaiki kualiti hidup mereka secara keseluruhan dan meningkatkan pengetahuan penjagaan kesihatan         pergigian dalam pelbagai medium bagi golongan keperluan khas yang mempunyai pelbagai kecacatan khusus untuk kecacatan pendengaran. Selain itu, program ini dapat membina semangat kolobrasi dengan pihak pendidikan dan agensi luar bagi melaksanakan program ini selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan ialah promosi kesihatan pergigian golongan berkeperluan khas pendengaran, perasmian carta flip bahasa isyarat penjagaan kesihatan pergigian dan permainan interaktif, pemeriksaan gigi, phantomen. Laporan disediakan oleh Mohd Hafiz Bin Chamati@Jumadi, Setiausaha Program Promosi Kesihatan Pergigian Golongan Berkeperluan Khas Pendengaran


INSPIRE ITALENT PERINGKAT NEGERI JOHOR

28.04.2017 - Seramai 5 orang murid dan 2 orang guru telah menyertai Inspire iTalent peringkat Negeri Johor di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Program ini         dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Sekretariat Sukan OKU Negeri Johor dan Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU Negeri Johor. Objektif program ini ialah pencarian bakat asas keupayaan sukan bagi OKU dan menggalakkan penglibatan OKU dalam aktiviti sukan. Semoga program ini memberi inspirasi kepada atlet-atlet SMPKVIP supaya lebih maju kehadapan seterusnya menjadi atlet negara. Tahniah. Laporan disediakan oleh Lydiawati Binti Mansor, Setiausaha Sukan dan Siti ZUbaidah Binti Bachok, Setiausaha Kokurikulum.


PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

25.04.2017 - Program Jom Baca Bersama 10 minit merupakan program Perbadanan Awam Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Murid-murid perlu membaca 10 minit sahaja dengan bacaan yang tersedia semasa sesi pengajaran    berlangsung. Program ini bertujuan untuk memupuk dan mendorong rakyat Malaysia dan Bangsa Johor membaca dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak        terhadap budaya membaca. Program ini juga       berjalan serentak di semua sekolah Negeri Johor.  Tahniah kepada guru dan murid yang menyertai  program ini. Laporan disediakan oleh Shahriman, Guru Perpustakaan & Media.