Selasa, 23 Disember 2014

8th INTERNATIONAL TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE



    8 th INTERNATIONAL TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE

Majlis berlangsung pada 30 Oktober - 2 November 2014 di Sunway Pyramid Convention Centre anjuran  Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM)




Program INTRACOM ini adalah jemputan dari KKM untuk Perubatan Tradisional dan Komplementari. Matlamat profesional ini adalah untuk memastikan perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari dapat diberi secara berkualiti dan selamat. 


Pn Hjh Mariani binti Mohd Saad (Pengetua SMPK Vokasional Indahpura) merupakan salah seorang yang terlibat dalam pembentangan  Program INTRACOM. Tajuk pembentangan Training For Individual With Special Needs pada 01 November 2014.  

Seramai 7 orang murid dan 4 guru (Pn Siti Zulikah, Pn. Norlida, Pn. Haslina. En Ramlee) serta seorang PPM (Pn. Haslina)  terlibat untuk pameran . Tidak ketinggalan Pn Zaidah Mahadi yang turut serta menyertai program ini. Sambutan amat menggalakkan. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam program INTRACOM ini.

Isnin, 24 November 2014

TEAM MAXIS VIP JOHAN KATEGORI SMPK FINAL MAXIS CYBERKIDS CHALLENGE 2014

               

Maxis Cyber Kids 2014 merupakan pertandingan anjuran dari pihak Maxis. 
 
Kem bermula pada 11-13 Ogos 2014 di SMPK Vokasional Indahpura. Seramai 20 peserta murid terlibat. Pendedahan kem berkaitan penghasilan Video, kerjasama kumpulan, sorakan kumpulan, Stop Motion, Penggunaan Portal Maxis .


Setelah tamat Kem pihak sekolah perlu melaksanakan task-task yang dikehendaki untuk pertandingan akhir bermula 14 ogos hingga 2 Disember 2014 untuk diupload ke Portal Maxis Cyberkids dan penilaian sebanyak 70%

Pertandingan akhir berlangsung pada 2-3.12.2014 di Hotel Istana KL. Tugasan yang dilaksanakan Apps Inventor ' Resepi Donat VIP' untuk penilaian 30%.

Pasukan Maxis Cyberkids SMPKVIP mendapat Tempat Pertama/Johan Kategori SMPK dan menerima hadiah bernilai RM 8,000.00 (RM 5,000.00 tunai dan RM 3,000.00 dalam bentuk barangan)

Team SMPKVIP juga dinobatkan penerima anugerah Pameran dan Sorakan terbaik, Team Maxis Cyberkids VIP terdiri daripada Khuzalan, Sasi, Khairul Azam, Amalina, Khadijah dan Faqihah serta guru pembimbing En Shahrizan dan Cik Rose Diani.

TEAM PIDM VIP MENDAPAT TEMPAT KETIGA PROGRAM PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM)


                                                                                              TAHNIAH ...TEAM PIDM

Tahniah diucapkan kepada pasukan PIDM SMPKVIP kerana berjaya mendapat tempat ke 3 dan membawa pulang hadiah RM 7,000.00 pertandingan akhir pada 25-27.11.2014 di Kuala Lumpur.

Pertandingan ini merupakan sebuah pertandingan antara sekolah peringkat kebangsaan. Ia terbuka kepada semua sekolah menengah di Malaysia. Pasukan SMPKVIP yang bertanding bekerja secara berpasukan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sejajar dengan tema "Sikap Peka Kewangan" .

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan celik kewangan di peringkat sekolah dan komuniti luar. Pertandingan ini ternahagi kepada 3 peringkat iaitu kertas cadangan (Mac-April 2014), Pelaksanaan (Jun-Sep 2014) dan Pertandingan akhir 5 sekolah terbaik terpilih pada Nov 2014.


Semua warga SMPKVIP mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda semua. Tahniah kepada guru pembimbing Pn Vivian Lim dan Pn Zulyanie dan murid-murid yang terlibat Ambarasi, Gunasunthari, Nur Fareesha, Nurul Shazatul dan Megat Arif