Selasa, 24 Januari 2017

PENGETUA BAHARU


Selamat Datang, kami seluruh warga SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura amat mengalu-alukan kedatangan Pengetua baharu Encik Fahrurrazi Bin Ramdhan yang memulakan tugasnya secara rasmi di SMPKVIP pada 17.01.2017. “Patah Tumbuh Hilang Berganti”, begitulah SMPKVIP yang baru sahaja ditinggalkan Puan Mariani Binti Mohd Saad yang bersara kini sudah ada penggantinya. Semoga kedatangan pengetua baharu Encik Fahrurrazi Bin Ramdhan ini akan meneruskan kesinambungan Visi dan Misi SMPKVIP menjadi sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.