Isnin, 24 November 2014

TEAM MAXIS VIP JOHAN KATEGORI SMPK FINAL MAXIS CYBERKIDS CHALLENGE 2014

               

Maxis Cyber Kids 2014 merupakan pertandingan anjuran dari pihak Maxis. 
 
Kem bermula pada 11-13 Ogos 2014 di SMPK Vokasional Indahpura. Seramai 20 peserta murid terlibat. Pendedahan kem berkaitan penghasilan Video, kerjasama kumpulan, sorakan kumpulan, Stop Motion, Penggunaan Portal Maxis .


Setelah tamat Kem pihak sekolah perlu melaksanakan task-task yang dikehendaki untuk pertandingan akhir bermula 14 ogos hingga 2 Disember 2014 untuk diupload ke Portal Maxis Cyberkids dan penilaian sebanyak 70%

Pertandingan akhir berlangsung pada 2-3.12.2014 di Hotel Istana KL. Tugasan yang dilaksanakan Apps Inventor ' Resepi Donat VIP' untuk penilaian 30%.

Pasukan Maxis Cyberkids SMPKVIP mendapat Tempat Pertama/Johan Kategori SMPK dan menerima hadiah bernilai RM 8,000.00 (RM 5,000.00 tunai dan RM 3,000.00 dalam bentuk barangan)

Team SMPKVIP juga dinobatkan penerima anugerah Pameran dan Sorakan terbaik, Team Maxis Cyberkids VIP terdiri daripada Khuzalan, Sasi, Khairul Azam, Amalina, Khadijah dan Faqihah serta guru pembimbing En Shahrizan dan Cik Rose Diani.