Selasa, 21 Februari 2017

UJIAN SEGAK PENGGAL 1

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur. Seramai 195 orang murid menyertai ujian ini yang diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Objektif ujian ini ialah murid dapat mengetahui kepentingan kecergasan fizikal dan menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu. Selain itu, murid dapat melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik dan pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa. Laporan disediakan oleh Lydiawati, Penyelaras program.