Khamis, 14 September 2023

PERTANDINGAN KUIZ "SEARCH INDEPENDENCE" ANJURAN PANITIA EFC SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2023

 

Tarikh        21 Ogos-13 September 2023

Tempat        : SMPK Vokasional Indapura

Anjuran        : Panitia English for Communication

Penyelaras Program: Pn. Aminah binti Junaidi (Ketua Panitia Panitia English for Communication)

SMPK VIP- Sempena Bulan Kebangsaan 2023 bertempat di SMPK Vokasional Indahpura, Panitia English for Communication menganjurkan pertandingan kuiz kemerdekaan kepada semua MBPK. Objektif pertandingan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan semangat patriotisme murid  terhadap negara Malaysia, mewujudkan semangat cinta akan tanah air, mengenang Sejarah Perjuangan menuntut “Kemerdekaan” dan menggalakkan MBPK untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan. MBPK dikehendaki mencari maklumat yang disediakan di papan notis panitia EFC dan melengkapkan slogan yang diminta. Semoga program ini mencapai objektifnya dan melahirkan MBPK yang berjiwa merdeka!


Skills for Living: Towards Excellent Future