Khamis, 13 Februari 2020

JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

Tarikh : 11 Februari 2020
Tempat : Dataran Perhimpunan
Sebagai langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan satu budaya membaca di kalangan murid dan guru. Sejajar dengan visi tersebut satu program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ telah diadakan pada 11 Februari (Selasa) di SMPK Vokasional Indahpura, Kulai, Johor.
Seramai 216 murid tingkatan 4 dan 5 telah menyertai program murni ini yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber Sekolah. Murid SMPKVIP berhimpun beramai-ramai sebagai tanda komitmen dengan membaca buku cerita yang disediakan oleh Perpustakaan Datuk Dr. Yasmin.
Antara objektif program ini ialah murid dapat meningkatkan minat membaca untuk mencintai dan mendalami ilmu pengetahuan. Selain itu, program ini menggalakkan murid untuk mebaca pelbagai bahan bacaan dan melatih Pengawas Perpustakaan melibatkan diri dalam program PSS sambil mengeratkan silaturahim antara Pengawas Perpustakaan dengan warga sekolah.
Adalah diharapkan program dan amalan murni ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ dapat diteruskan dan menjadi penanda aras murid proaktif dan berilmu.