Khamis, 14 September 2023

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

 Tarikh : 14 September 2023 (Khamis)

Tempat : Dewan Goalball Seri Khadijah

Anjuran :

Editor :
Penyelaras Program:

SMPKVIP - Sambutan Bulan Kebangsaan telah dijalankan dengan penuh meriah dan semangat yang tinggi di kalangan murid-murid dan semua guru SMPKVIP. Objektif sambutan ini adalah murid -murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi. Selain itu, murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya dan mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih kepadanya. Murid juga dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya. Antara aktiviti yang dijalankan semasa majlis penutup ialah persembahan sajak, persembahan tarian inang, persembahan nyanyian solo, penyampaian hadiah, nyanyian lagu patriotisme dan lain-lain lagi. Bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, sambutan ini berjalan dengan baik dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan mengikut panitia masing-masing. Majlis berakhir dengan 'Laungan Merdeka' daripada Pengetua dengan bersemangat bergema di segenap penjuru dewan. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada MBPK selain menjadi pemangkin kepada peningkatan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan MBPK dan juga guru-guru di SMPK Vokasional Indahpura.
Skills for living : Towards Excellent Future